mereka yang baik hati

Saturday, July 18, 2015

kisah benar manusia

ASSALAMUALAIKUM..


kisah hidup manusia, yang takkan pernah habis, takkan pernah tak ada dugaan.
melainkan manusia itu pergi menghadap Pencipta. baru itu kisah hidup dunia
terhenti semuanya. perjalanan hidup yang panjang dan banyak ragam, hanya
diri sendiri yang mampu jalani sama ada dengan tabah dan kuat, ataupun tidak.
terlalu banyak ragam manusia yang kau akan kenal. baik, jahat, memainkan,
tidak jujur. pokoknya semua! bila kau jumpa perangai manusia macam ni, maka
kau juga akan rasa bermainnya dengan perasaan. tak ada manusia yang kenal
manusia tanpa bermain dengan perasaan. mesti ada! dan bila kau dah jumpa
manusia, perasaan kau untuk kenal manusia membuak-buak sehingga sampai
satu tahap rasa suka. rasa macam rapat. tapi pernah tak rasa seolah dipermainkan?
yes. pernah.


bila sampai satu tahap kau meminati seseorang dan kau cuba untuk kenal dengan
dia dan kau dapat. dapat mengenali tu bagi kau satu benda yang heaven sebab kau
dapat kenal dia dengan lebih dan rapat. yelaa orang yang kau minat kan? sampai
satu tahap juga, dia tanya pasal perasaan. sedangkan ketika itu, perasaan yang
memendam je kau nak simpan sebenarnya. hilang kata-kata, yang kau tahu, pendam!
bila diminta jujur, okey kau jujur. even kau dah pun kata kau suka dia, sampai orang
tu kata sayang kat kau.. selang beberapa minggu, orang tu mula cuba jauhkan diri,
hilang entah ke mana, ketika itu, kau hanya bermain dengan perasaan. apa yang kau
rasa? sakit? yes! sakit. sakit bila kau dah jujur tapi orang buat macam tu.


selang beberapa minggu lagi, kau dapat tahu, dia dah berpunya. sudahlah hilang
begitu je, hilang tanpa kata-kata, dan kau bukak facebook dan kau tahu sendiri
yang dia dah berpunya. saat tu apa kau rasa? umpama apa yang kau jujur dengan
dia tu, macam sampah yang kau ambil pastu kau buang dalam tong. bukan dia tak
tahu yang kau suka dia, dia tahu tapi.. macam aku cakap tadi laa, umpama sampah.
sampai satu tahap, kau dah macam heartbroken dan kalau bole nak jauh daripada
manusia yang bernama lelaki. sakit... hati bagai retak tanpa ribu dah tapi berjuta.
saat tu kau cuba bangun balik, lupakan segalanya. hanya orang yang kuat je mampu
lawan balik perasaan sakit tu. dan sampai satu tahap, kau taknak bersua muka lagi
dengan dia. yes! benci. sakitnya tuh disini. LOL.


berbulan kau kuatkan hati untuk lupakan dia, lupakan apa yang dah lalui dengan
dia. bukan mudah. bukan mudah nak lupakan orang yang kau suka, yang kau
minat. umpama ditipu dengan perasaan. baru aku sedar, perkataan "sayang" tu
hanya untuk mainan. percakapannya tidak tulus, perasaannya tidak ikhlas. maka
dengan itu, aku buat satu quote "sometimes, when people say something to you,
it's doesn't mean she/he mean it". yes! so true. kadang manusia bercakap hanya
nak sedapkan hati je tapi hakikat nya? sakit bila dipermainkan perasaan tu tak
sama macam sakit durian jatuh atas kepala. 2 tahun kau tutup hati dan kunci pintu
hati dan akhirnya kau kalah lagi sekali bila kau jumpa orang baru untuk dikenali.
wahai hati, kenapa tak bole duduk diam? kenapa degil sangat hati ni? hmm. betul!
perasaan memang tak ada noktah. tapi yang kecewa tu laa kau kena tanggung sendiri.
makan, kunyah, telan sendiri. saat tu, kau seorang je yang rasa. dan saat tu, kau
hanya mampu berserah dan berdoa pada Allah yang Esa. kerana Dia.. Maha Kuasa,
Maha Mengetahui, Maha Mendengar dan Dialah sebaik-baik perancang.


benar juga kata orang, "jangan benci seseorang terlalu meninggi, takut dari benci
jadi sayang", so aku juga berpendapat, sama juga "jangan sayang seseorang terlalu
meninggi, takut dari sayang jatuh benci". tapi jenis aku, "once i say and i do and i
mean it. really mean it". kalau dah sayang, susah. tapi kena pandai kawal dan jaga.
jatuh benci bila tahu tak jujurnya seseorang tu. bila mana perasaan dipermainkan.
sebab tu, aku tak suka orang tak jujur. jujur, walaupun menyakitkan. tapi jujur is
the best things than lies. dugaan manusia! END!


aku adalah AKU, anda adalah ANDA

Wednesday, July 15, 2015

begin again!

ASSALAMUALAIKUM..


okey hai. first of all. rasanya dah lama gila tak menulis.
since, stpm pastu kerja part time, pastu masuk U, serious
takde masa nak menulis. ni pun terasa nak menulis balik
sebab kat sini jela tempat aku bercerita since aku dah jadi
pendiam sekarang ni. LOL. takde laa, dari dulu sebenarnya
kat sini aku meluah. tapi sebab takde masa, jadi banyak yang
aku pendam. kalau ade masa, memang kat sini laa aku tulis.

actually join blog ni since tingkatan 4 lagi, tahun 2010 that
time. banyak jugak aku post tapi aku dah buat some clearance
kat blog ni. banyak post yang aku delete sebab memori daun
pisang yang aku tak nak ingat dah. cewahhh. dulu blog ni
banyak aku cerita pasal someone yang aku dah malas nak ingat,
jauh sekali untuk fikir. lantak dia laa, nak mati pun aku tak kisah
dah. cehh.. nampak tak dia punya benci macam mana? haha. tak
laa, dah bole maafkan kot cuma sakitnya tuh disini tu ade lagi.
hahaha. satu satunya benda yang aku takkan mudah lupa dan
akan ingat sampai mati. sakit weyy. mengguris, terguris, diguris
ehh semua laa. macam ade pepatah inggeris, 
"I forgive a lot but I never forget what's said and done" 

berdendam tu tak laa. tapi rasa menyampah kot. kalau bole
dah tak nak tengok muka atau TERjumpa sekalipun. memang
tak nak. pernah sekali terserempak, that time aku rasa nak
ikut jalan lain. bila member wujudkan balik cerita dia pun,
aku akan marah member tu suruh diam. hahaha. memang
dah tak nak cakap pasal dia! sekian.
btw, blog ni bukan aku buat untuk bacaan umum just untuk
aku bercerita sendiri perihal aku dan kehidupan.


aku adalah AKU, anda adalah ANDA