ASSALAMUALAIKUM =)
hyee hyee.. okey today, aku nak cerita sikit pasal Tingkatan 6/ Form 6/ Pra Universiti. actually ramai yang tanya aku Form 6 ni susah tak? and i was like.... *asdfghjkl* nak jawab. aku tak tahu nak jawab susah or senang weyy sebab lain orang, lain pendapat. hmm macam ni laa awak semua, lain orang, lain pendapat dan minat ye. so mula-mula tu boleh la aku jawab "tak laa susah mana", memang! memang tak susah sebab masa tu pun baru penggal 1 so masih boleh dikatakan senang sebab just belajar lepas tu periksa (Form 6 sekarang dah menggunakan sistem baru seperti di Universiti, habis belajar 4 bab, Final exam, tutup buku, buka buku baru, semester baru, cerita baru). masuk penggal 2, boleh cakap macam ni "apo nok dikato" hahaha. susah? senang? ohh tidakkk.. ia tak senang dan juga tak susah cuma... mencabar! sangat!
mencabar sebab ada kerja kursus a.k.a PBS. tapi dah Form 6 setaraf Diploma kan, aku rasa tak syok panggil benda alah tu sebagai kerja kursus atau PBS so that's what we call assignment. haa baru best sikit. dah kata pun peringkat Tinggi tak syoknyaaaaaa panggil PBS. peringkat menengah atas dan rendah boleh le panggil gitu, ni dah peringkat tinggi beb. ecewwahh. demand pulak. kahkahkah! by the way, assignment ni sangat mencabar weyy. sebab dalam masa yang sama kena buat assignment serentak dengan study. kalau 1 je jalan, memang 1 lagi tak jalan la haiihh. lepas tu yang stress nya, kalau salah kena buat balik *nasib baik aku punya tak salah*. aku rasa style U pun macam tu kot, kot laa. aku bukan pelajar U so tak tahu cara U macam mana. hehe. so kalau ada yang sudi bagitahu tu, sila silakan laa comment di bawah ni. hihihi.
then nanti lepas dah hantar assignment, kena buat presentation pulak pasal assignment yang kita buat tu. so aku rasa, kalau style U macam ni, dapat juga laa belajar cara-cara buat assignment, cari bahan, jumpa respondan, pergi sana, pergi sini, cara present, confident, pokonya semua. ramai yang cakap belajar Form 6 ni untung sebab dah belajar cara present, buat assignment. tambah pulak, waktu belajar yang pendek hanya mengambil masa 1 tahun setengah then boleh sambung Degree, berbanding Diploma 3 tahun. cuma itu laa, Form 6 ni mencabar, hard. bukan susah tapi tak senang dan kena rajin. macam kami ni, tak berapa nak rajin. hahaha. tapi time final exam memang kami usaha betul betul!! sebab tak nak repeat paper.
so wahai adik-adikku yang sudah memasuki Tingkatan 6 sekarang ni dan juga bakal-bakal masuk Tingkatan 6, tolong jangan main-main dengan Tingkatan 6. kalau dari awal memang tak minat dengan Form 6, jangan masuk terus. tapi kalau 50-50 tu boleh masuk dulu, try macam mana. kalau rasa tak boleh bawak so boleh berhenti. jangan paksa diri kalau tak minat, nanti korang yang rugi. aku dalam dalam tak minat, tak ada mood pun melawan juga benda benda tu semua sebab dah tu je jalan yang ada nak ke U. kadang terdetik juga dalam hati kenapa aku tak dap..... errr dah laa.. lupakan. by the way, aku bukan nak takut takut kan pasal assignment tu bagai. korang belajar kat mana mana pun, assignment ni tetap ada, takkan lari. lari laa sampai Gunung Kinabalu pun, assignment tu tetap ada. ecehhcehh. haha. korang just perlu sediakan fizikal dan mental yang cukup dan tinggi, dah tak ada istilah tidur awal ke hape. bersengkang mata siapkan kerja projek je ok. so that's all. nanti aku share lagi pasal Form 6.
wsalam.
aku adalah AKU, anda adalah ANDA
akak, ambil subjek apa?
ReplyDeletemaaf lambat balas. akak ambil subjek Pengajian Am, Sejarah, Bahasa Melayu, Sains Sukan :)
DeleteKak nak tanya. Boleh tak kalau masuk sem2 terus sebab saya pernah masuk tingkatan6 sekejap pastu dapat tawaran politeknik tapi bila dah lama lama rasa tak minat pula politeknik tu. Boleh ke eh sambung sem2 bulan satu ni terus lepas tu repeat sem1 masa sem3? Harap sangat akak balas :(
ReplyDeletehai awak, maaf kalau lambat. hmm rasanya x bole. hmm kalau mcm cikgu akak dlu dia ckp kalau dh keluar tingkatan 6, dh x boleh masuk balik. cuba awak pergi sekolah awak, jumpa dan tanya cikgu tingkatan 6 atau cikgu kaunseling, tanya dorang mcm mana, mungkin dorang boleh pertimbangkan ke. btw kt politeknik ambk kos apa? :)
Deleteboleh tak saya berhenti poli pas tu nak masuk form six..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteHaii. Sorry for late replying. Maaf tanya, kenapa nk berhenti poli? Saya tak pasti sistem sekarang mcm mne tapi masa saya form 6 in 2012/2013 actually tak bole. Tapi tak tahu laa sekarang.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAkak nak tnya,apa syarat masuk from 6
ReplyDeleteSorry Hariez for the late replied. really sorry. akak masih study, so busy sgt sampai tak sempat nk jengah ke sini. btw, actually takde syarat ape2 pun utk masuk form 6. biasanya form 6 ni mmg ditawarkan kepada pelajar2 drpd pihak sekolah awak sendiri. mmg takde ape2 syarat laa dari dulu lagi, time akak dulu pun takde syarat, akak dpt masuk form 6 ni pun sbb mmg sekolah yg tawarkan. as long as bahasa Melayu time SPM lulus.
DeleteKak, kalau day daftar stpm tahun ni tapi saya nak batalkan pendaftaran, bolehke saya masuk form 6 until tahun depan?
ReplyDeletetak boleh :) once dah daftar then sekali berhenti dah takde peluang utk masuk form 6 lagi :)
Deletekalau awak dah daftar form 6 and belajar form 6 utk beberapa bulan then rezeki awak dapat IPTA, awak nak berhenti form 6 utk masuk IPTA, tu boleh. tapi bila awak dah berhenti form 6, tetiba awak rasa IPTA tak best then awak nk patah balik ke form 6, yg tu tak boleh dah. form 6 sekali daftar je :)
DeleteAssalamualaikum akak saya nk bertanya bolehkah saya tukar dari diploma ke stpm sbb kos yg saya amik saya kurang minat
ReplyDeleteAkak doakan saya tabah hadap f6 ni sbb ni baru sem1 dan saya duk jauh dari family means kene duk asrama sbb ade sek yg dekat tapi x de transport nk pegi. Doakan saya ya kak sbb saya rasa nk berehenti je f6 ni. And doakan saya dpt 4 flat dlm exam2 utk setiap sem time f6 ni
ReplyDeleteye, aku pun rasa cmtu gak.. tapi apapun kita kena terus kuat, nk capai ilmu mmg perit tpi once dh dpt, awk sndiri jg akan rsa mcm kagum dgn diri yg awk sbnrny tabah utk cpai impian awk
Deletehai sis , boleh ke berhenti masa awal sem 1 . Sebab rasa takde semangat . Takde masalah apa ii kan kalau nak berhenti ?
ReplyDeletesama la saya ")
DeleteSis i baru msk sem 1 2 minggu dh tapi i nk berhenti blh x i x rasa nk belajar kalau blh i nk keja jee
DeleteThank You and I have a dandy offer: How Long Do House Renovations Take house renovation on a budget
ReplyDelete