mereka yang baik hati

Wednesday, May 29, 2013

Form 6? mencabar!


ASSALAMUALAIKUM =)


hyee hyee.. okey today, aku nak cerita sikit pasal Tingkatan 6/ Form 6/ Pra Universiti. actually ramai yang tanya aku Form 6 ni susah tak? and i was like.... *asdfghjkl* nak jawab. aku tak tahu nak jawab susah or senang weyy sebab lain orang, lain pendapat. hmm macam ni laa awak semua, lain orang, lain pendapat dan minat ye. so mula-mula tu boleh la aku jawab "tak laa susah mana", memang! memang tak susah sebab masa tu pun baru penggal 1 so masih boleh dikatakan senang sebab just belajar lepas tu periksa (Form 6 sekarang dah menggunakan sistem baru seperti di Universiti, habis belajar 4 bab, Final exam, tutup buku, buka buku baru, semester baru, cerita baru). masuk penggal 2, boleh cakap macam ni "apo nok dikato" hahaha. susah? senang? ohh tidakkk.. ia tak senang dan juga tak susah cuma... mencabar! sangat!


mencabar sebab ada kerja kursus a.k.a PBS. tapi dah Form 6 setaraf Diploma kan, aku rasa tak syok panggil benda alah tu sebagai kerja kursus atau PBS so that's what we call assignment. haa baru best sikit. dah kata pun peringkat Tinggi tak syoknyaaaaaa panggil PBS. peringkat menengah atas dan rendah boleh le panggil gitu, ni dah peringkat tinggi beb. ecewwahh. demand pulak. kahkahkah! by the way, assignment ni sangat mencabar weyy. sebab dalam masa yang sama kena buat assignment serentak dengan study. kalau 1 je jalan, memang 1 lagi tak jalan la haiihh. lepas tu yang stress nya, kalau salah kena buat balik *nasib baik aku punya tak salah*. aku rasa style U pun macam tu kot, kot laa. aku bukan pelajar U so tak tahu cara U macam mana. hehe. so kalau ada yang sudi bagitahu tu, sila silakan laa comment di bawah ni. hihihi.


then nanti lepas dah hantar assignment, kena buat presentation pulak pasal assignment yang kita buat tu. so aku rasa, kalau style U macam ni, dapat juga laa belajar cara-cara buat assignment, cari bahan, jumpa respondan, pergi sana, pergi sini, cara present, confident, pokonya semua. ramai yang cakap belajar Form 6 ni untung sebab dah belajar cara present, buat assignment. tambah pulak, waktu belajar yang pendek hanya mengambil masa 1 tahun setengah then boleh sambung Degree, berbanding Diploma 3 tahun. cuma itu laa, Form 6 ni mencabar, hard. bukan susah tapi tak senang dan kena rajin. macam kami ni, tak berapa nak rajin. hahaha. tapi time final exam memang kami usaha betul betul!! sebab tak nak repeat paper.


so wahai adik-adikku yang sudah memasuki Tingkatan 6 sekarang ni dan juga bakal-bakal masuk Tingkatan 6, tolong jangan main-main dengan Tingkatan 6. kalau dari awal memang tak minat dengan Form 6, jangan masuk terus. tapi kalau 50-50 tu boleh masuk dulu, try macam mana. kalau rasa tak boleh bawak so boleh berhenti. jangan paksa diri kalau tak minat, nanti korang yang rugi. aku dalam dalam tak minat, tak ada mood pun melawan juga benda benda tu semua sebab dah tu je jalan yang ada nak ke U. kadang terdetik juga dalam hati kenapa aku tak dap..... errr dah laa.. lupakan. by the way, aku bukan nak takut takut kan pasal assignment tu bagai. korang belajar kat mana mana pun, assignment ni tetap ada, takkan lari. lari laa sampai Gunung Kinabalu pun, assignment tu tetap ada. ecehhcehh. haha. korang just perlu sediakan fizikal dan mental yang cukup dan tinggi, dah tak ada istilah tidur awal ke hape. bersengkang mata siapkan kerja projek je ok. so that's all. nanti aku share lagi pasal Form 6.

wsalam.

aku adalah AKU, anda adalah ANDA

Sunday, June 24, 2012

Form 6 lifestyle!





ASSALAMUALAIKUM :)


oke semua, nampak kan title tu? actually aku nak cakap yang
lifestyle Form 6 sangat sibuk. macam macam nak kena buat.
macam style U laa, cari maklumat tu, maklumat ni. hari hari
bukak computer. aku ni kalau dah bukak computer, tangan aku
mesti yang first bukak Facebook and Twitter. HAHA! Google
tu kendian aku bukak. bhaha.


memandang kan aku jadi ketua tingkatan, setiap pagi seawal
jam 7am aku dah kena ambil kehadiran pelajar pelajar. then
dalam 7.30am macam tu kena pergi office hantar kehadiran
pelajar dalam buku rekod. oke di sini hendak ku katakan,
office die sangat jauh dengan blok tingkatan 6 aku. 


everyday aku kena menapak ke sana yang jauhnye dalam 50-70m
kott. then x cukup dengan tu kena naik tangga lagi. fuhh memang
penat waa cakap sama luu. hari hari aku boleh turun kan kalori
dalam badan tanpa bersenam yang banyak. ahaha! turun naik tangga
je dah lima kali setiap pagi, campur ulang alik ke office 50m=100m.
belum masuk turun naik tangga untuk ke bilik kuliah. haa. can you
imagine? haha! kurus keding laa aku lepas ni weyy.


aku tak la pernah merungut sebab pegang jawatan ketua ni, tapi
aku agak penat laa sebab semua benda diserahkan ke aku. penolong
aku macam relax je, kalau aku bagi kerja kat die, buatnye.. masyaAllah
lembab jugee. sebab sibuk berbual dari buat kerja. adoii laa.


and aku dengan adik tak satu kelas, kitaorang just satu kelas dalam
subjek BM and Sains Sukan je. aku kelas 1 and adik kelas 2. aku
pun pelik kenapa aku boleh dicampakkan ke kelas 1 so jangan tanya
aku ea. ikutkan aku boleh dapat kot kelas 2 sebab aku just tukar subjek
Geografi kepada Sejarah.


kat sekolah aku, ade 2 package,
kelas 1 ade subjek P.Am, Muet + Sej, Eko, Seni. 
then kelas 2 ade subjek P.Am, Muet + Geo, Sains Sukan, BM.
masa isi borang pilih subjek, aku pilih yang no.2 cuma Geo tu aku tukar
Sej. so subjek 2 tambahan aku lagi, ade di kelas 2, tapi tak tahu laa kenapa
boleh ke kelas 1. haha. aneh aku. tapi tak ape laa, janji belajar kan.


so aku tak satu kelas dengan adik hanya untuk subjek Pengajian Am,
Muet and Geo, Geo aku tak ambik kan of course tak satu kelas. hehe.
adik ambik Geo, aku ambik Sej. oke la tu je aku nak story. byee :D


wsalam.

aku adalah AKU, anda adalah ANDA