mereka yang baik hati

Monday, May 28, 2012

Pra Universiti a.k.a Tingkatan 6!


ASSALAMUALAIKUM :)



hye readers, rasa nya macam dah lama kan aku tak update blog ni? 
macam laa. haha! oke, actually aku busy sejak dah masuk tingkatan
6 ni. well, as student baru mesti banyak benda nak kena uruskan, kan?
macam tak biasa pulak korang ni masuk sekolah. haha, oke joke! ;P


orite everyone, for your information, aku telah menyambung pelajaran
ku di Tingkatan 6 atau panggilan upgrade nye *cehh upgrade. haha!
Pra-Universiti. tapi now aku baru Pra U Rendah oke, bukan Pra U
Atas. tak kan laa baru masuk, terus Pra U Atas an, wahh gile kuasa
kau! haha. aku ambil Pra U di TIGS atau nama penuh nye
"Temenggung Ibrahim Girls School" haa tu nama BI nye. nama Melayu
nye SMKPTI a.k.a "SMK Perempuan Temenggung Ibrahim".


haa nampak kan? tu laa sekolah baru aku. sekolah dulu aku SMK Convent.
pun sekolah perempuan juge tu. no lelaki oke! dah kata pun sekolah P,
Perempuan, manooo la ado lelaki, kalau cikgu lelaki tu ade laa. hee :D. untuk
tahun 2012, again aku sekolah semua perempuan. perghh, muka aku ni
agak nye memang tak ade kelayakkan nak masuk sekolah campur lelaki
perempuan kott! haha. *oke merepek! ;P


tahun 2012, kali ke 12 tahun aku sekolah perempuan. began with my primary
school sampai aku Tingkatan 6, asyik sekolah perempuan. kadang aku pun
macam muak tengok muka perempuan. HAHA! kidding :D tapi idok mengapa
le, sekolah perempuan pun best juge. sebab tak payah aku nak jaga batas
pergaulan sangat, i mean kalau sekolah campur kena jaga agar tidak bersentuhan
dengan pelajar lelaki. gitu le. aku ni dah la memang tak biasa tersentuh sentuh ni.
bersentuhan dengan bukan mahram adalah HARAM!!! ingat tu yep :)


agaknye kalau aku masuk U nanti, maybe aku kena belajar dari situ la kot
untuk bergaul dengan kawan lelaki. kalau sekarang ni, ade juge kawan lelaki tapi
tu pun kenal kat tempat tusyen laa. nasib baik tak ade tusyen semua perempuan,
kalau tak, gamaknye memang aku dihantar ke tusyen perempuan. haha. *mengarut!
happening laa kawan dengan dieorang, otak semua gila gila macam aku juge. ehh?
haha. gila gila means that melawak, memantul, menyaiko! :D


nampak tak dah terbabas story ni? oke, maaf! aku daftar Tingkatan 6 ni 8hb Mei.
*semua sekolah serentak kot, tak payah citer laa. haha. sekolah ni di Batu Pahat
ye, tak pasti laa negeri lain ade tak nama sekolah ni, tapi kalau Convent rasa nye
banyak sangat. but hakikat nye, aku bersekolah di Batu Pahat semuanye, tak ade
keluar daerah or negeri lagi setakat ni. 3 minggu aku di sekolah tu, hmm not bad.
rules pun boleh tahan ketat tapi oke laa. first day aku kat situ, nampak kebanyakkan
pelajar memegang buku dan membaca. huyooo... even masa tu exam mid year
belum start sangat kot, yang baru start pun form 4, 5 jela.


tapi sekolah tu memang pasif oke. senyap je sekolah tu. berbeza dengan sekolah
lama aku. first day aku masuk, oke aku dikelilingi oleh budak budak pandai! untuk
makluman yang tidak tahu pasal TIGS ni, TIGS adalah sekolah bestari dan juge
sekolah cluster. sekolah cluster ni macam sekolah pandai laa, sebab result exam
untuk PMR, SPM, STPM untuk sekolah tu memang gempak. tak ade sekolah
lain yang dapat menandingi gred sekolah TIGS. lagipun tapisan untuk ambil pelajar
Form 1 ade laa result UPSR yang 5A's and 4A's je. bayang kan kalau UPSR
5A, 4A, mesti form 1,2,3,4,5 dieorang, result gempak gempak kan. sekolah lama
aku dulu sedang sedang laa. so lepas ni aku kena workhard laa untuk study.
belajar kat sekolah bestari, sekolah cluster tak kan nak main main. buat malu je!


ohh yeahh, for information aku satu sekolah dengan penyanyi kegemaran korang
tu. NL a.k.a Najwa Latif. aku tak laa minat die sangat, tapi aku cakap ni untuk
korang yang minat die. haha. ade ke, sehari sebelum aku masuk sekolah tu, aku tulis
status kat FB yang aku masuk Form 6 kat TIGS, memasing (masing2) yang minat
NL dok suruh aku kirim salam kat NL. wadehekk! haha. please laa, aku tak nak
laa, aku bukan taksub sangat dengan die. lagipun, kan tu kat sekolah, biar la NL tu
ade life die as student and NOT as singer and public figure. 


kesian die, die nak belajar pun tak senang nanti. di sekolah die seorang pelajar 
bukan public figure so tak perlu la nak kejar kejar die. bagi la die merasa sebagai 
pelajar yang tidak dikerumuni oleh orang ramai. budak budak lain yang nampak 
die pun kadang kadang ignore je, buat macam biasa je weyy. first aku nampak die
pun masa hari keempat aku kat sekolah tu, sebab waktu rehat aku dengan badge
die sama. lepas dari tu, ade juge la nampak die, tapi tak la tegur. buat relax sudaa :D
masa hari guru 16 Mei haritu pun die buat persembahan tau. free of charge kitaorang
tengok die buat show. korang kalau tengok die buat show mesti kena bayar kan?
haa. haha. ehh? dah lari tajuk laa. oke stop! ;P


oke, aku nak citer lebih lebih pasal Form 6 Pra Universiti ni pun tak boleh juge
sebab aku belum start belajar. start belajar lepas cuti 2 weeks ni. tapi yang best
untuk Form 6 Pra Universiti di seluruh Malaysia ialah start tahun 2012, STPM
dah tukar sistem baru iaitu Sistem Modula. ape itu Sistem Modula? next blog aku citer!
byee.


wsalam.

aku adalah AKU, anda adalah ANDA

 




No comments:

Post a Comment