mereka yang baik hati

Monday, May 28, 2012

Sistem baru: Sistem Modula Tingkatan 6


ASSALAMUALAIKUM :)



now, aku nak bercerita mengenai sistem baru Tingkatan 6 Pra Universiti.
sistem baru Tingkatan 6 ialah Sistem Modula. apakah Sistem Modula tu?
oke ni die, cara sistem ni, macam sistem di Universiti IPTA, IPTS juge. cuma 
kalau di IPTA or IPTS korang kena buat Diploma 3 tahun, ade 6 semester
tapi beza From 6 Pra Universiti ni, korang macam buat Diploma juge la tapi 
under STPM, belajar tak lama just 1 tahun setengah and cuma ade 3 semester.
lepas habis STPM korang dah boleh sambung Degree. nanti korang dah sambung
Degree, kawan kawan korang yang buat Diploma tu baru masuk semester 3 or 4
untuk Diploma tapi korang? dah nak Degree. siapa untung? korang kan! :D


nampak tak korang dah untung masa kat situ? lagipun Sistem Modula ni beza dengan
sistem lama STPM. kalau Upper 6 untuk badge 1993 sekarang ni, dieorang kena
study semua bab, contoh, kalau ade 12 bab, 12 bab tu la dieorang kena study untuk
STPM hujung tahun ni. tapi kalau sistem baru, Sistem Modula, korang belajar sikit 
sikit je. sem 1 korang just belajar 3 or 4 chapter untuk satu subjek pastu exam. 
habis exam kan, 4 bab yang korang dh belajar tu, korang boleh tutup buku dah. 
dah bole buang jauh jauh. next, sem 2 korang belajar tajuk baru, yang belajar nye 
hanya 2 or 3 bab je sebab sem 2 ade assignments thats why belajar sikit je. then 
exam, exam korang untuk sem 2 tu akan plus dengan markah assignment. tengok!
senang nye nak dapat markah. untuk Upper 6 badge 1993, dieorang tak ade assignment,
100% dari ujian bertulis, memang kena struggle marks tu. tapi korang 20-40% dah ade
dalam tangan untuk lulus sebab assignment, lagi 60-80% ujian bertulis. 


then habis exam sem 2, buku korang dah bole tutup and segala berkenaan sem 2 
korang dah boleh campak jauh jauh. sem 3 korang pun sama juge, belajar 3 or 4 bab
then buat assignment then exam. dapat laa STPM tu. mudah bukan? so aku decide
nak terus kan Form 6 jela sebab jalan mudah untuk sambung Degree. masa pun
sekejap je berbanding Diploma. but korang kena carries marks sem 1, 2 sampai sem 3.
so kena buat betul betul sem 1 and sem 2. kalau boleh maintain laa :D nak dapat 4 Flat
kan? kena betul betul! buat adik adik yang tak tahu 4 Flat tu, 4 Flat means pointer 4.00.
tu adalah pointer paling tinggi, senang citer A laa. bawah 4 Flat a.k.a 4.00 adalah
3.99, 3.98 dan ke bawah adalah Principle je. tapi kalau 1.67 (C-) memang korang dah 
paras nak mati la tu, kalau boleh jangan bawah 2.00 (C). sebab pegi mana mana
pun dieorang nak pointer atas 2.00 ke atas. be careful sayang! *aww erkkk... sayang?
bluekkk... haha!


cuma korang kena buat betul betul la untuk sem 1 and 2. kalau tak, korang 
kena repeat sem 1 dengan sem 2. pulak tu kalau nak repeat, bukan sem 1 tu
korang boleh terus repeat tau time sem 1. korang hanya boleh repeat sem tu 
masa sem 3 sahaja. bayang kan kalau korang nak repeat sem sem tu, berapa 
banyak nak kena ingat? so sem 1 dengan 2 kena buat betul betul. kalau tak, 
sem 3 kau mati la kena repeat "sem 1 or sem 2" OR "sem 1 and sem 2". faham
tak? ala means yang repeat "sem 1 or sem 2" tu, kalau korang nak repeat sem 1 je
so sem 3 nanti korang kena ambik sem 3 and repeat sem 1 laa. kalau korang nak
repeat sem 2 je, so sem 3 nanti kena ambik sem 3 and repeat sem 2 je. macam 
tu laa. faham kan? :D


tapi kalau korang nak repeat yang "sem 1 and sem 2", means masa sem 3 nanti
kau kena belasah laa semua tu. sem 3, repeat sem 1 and repeat sem 2. tu pasal
aku cakap korang boleh mati kalau tak buat betul betul sem 1 dengan sem 2 
sebab nak repeat lagi nanti. payah ohh! serupa kau belajar macam kakak 
kakak badge 1993 kena ingat semua bab. dah faham kan? so better korang
yang tak dapat mana mana tu, macam aku, jangan putus asa, form 6 
pun lebih kurang macam Universiti so tak payah nak give up ;)


sijil STPM ade lah setaraf A-Level and Diploma oke. rasa rasa kalau lepas STPM
nak terus kerja pun boleh. sijil STPM ni memang laku la kalau korang nak cari
kerja nanti. berbanding Matrikulasi, kau tak lulus, ingat boleh dapat sijil? say bye bye
laa. tak lulus pun korang dah boleh Waalaikumussalam kat Matrikulasi tu. weyy, Matrik
kalau pointer tak bagus, mana boleh repeat, terus kena buang korang dari Matrik tu.
dah la kena buang, dah tu tak dapat sijil. kalau dapat sijil pun, sijil tu tak ade taraf.
*kata cikgu aku laa. tapi kalau Form 6, even pointer tak bagus, korang boleh repeat
and tak ade kena buang pun, sijil tetap taraf A-Level. see? mana bagus? fikir fikir laa.


so buat adik adik yang kini Form 5 dan bakal duduki SPM nanti. kalau korang tak
dapat sambung mana mana nanti jangan sedih sedih. kalau dapat Form 6, sambung
je Form 6. mana yang dapat Matrikulasi tu pegi jela. korang ni fikir Form 6 susah je, 
cuba ubah mind set tu jadi senang. Form 6 susah sebab kena banyak hafal. tu je kot. 
kalau korang masuk U pun, kena hafal juge kan? semua benda kite buat untuk belajar, 
tak ade yang mudah dan simple nye. semua susah. belajar memang macam tu laa, 
mula mula senang, lama lama susah laa. kite belajar makin lama makin susah, 
mana ade belajar yang makin lama makin senang.


and kalau korang nak ambik Form 6 nanti, tapi ade batu batu api yang meng-down kan
semangat korang. korang jangan dengar and peduli kata kata tu. korang yang nak
belajar kan, kenapa perlu dengar cakap orang? tak salah dengar pendapat orang tapi
kalau pendapat yang meng-down kan korang sendiri, baik kirim salam jela. tu semua
batu api. Form 6 bukan tak bagus, malah jauh lebih bagus sebenarnya. orang yang ambik
Diploma pun belum tentu dapat kerja and belum tentu dapat sambung Degree. lagipun
kalau korang ambik Diploma kena buat pinjaman PTPTN lagi, pastu buat Degree, pun
nak kena buat pinjaman lagi, berapa banyak nak bayar nanti? masuk Form 6 tak payah
buat pinjaman PTPTN pun, yuran pengajian pun free, tak payah bayar berbanding IPTA,
IPTS kena berpuluh ribu. aku bukan nak kata Diploma tak bagus ye, Diploma bagus cuma
bagi mereka yang tak ada rezeki untuk buat Diploma tu jangan down sangat. Form 6 pun oke.
mana yang dapat Universiti and dapat buat Diploma tu, pegi jela, tu rezeki korang. 


one more, kalau korang nak ambik Form 6 tapi mak ayah korang tak bagi and cakap yang
Form 6 ni tak bagus, korang boleh sampaikan salam kat mak ayah korang macam ni
"siapa yang nak belajar ni? mak dengan ayah ke? atau kite yang nak belajar? mana mak
dengan ayah tahu yang Tingkatan 6 tak bagus? pernah ambik Tingkatan 6 ke?" haa maybe
tahap kegagapan tu mungkin ade untuk mereka nak jawab. hehe. aku bukan laa ajar korang
jadi kurang ajar dengan parents, tapi parents korang pun kena ubah mind set yang kata Form 6
tak bagus tu. kalau parents aku cakap macam tu, memang aku debat habis habis laa. haha.
bukan ape, rezeki kite, kite tak tahu kat mana. tak salah rasa nye kalau kite masuk Form 6 jap
sebelum dapat mana mana kan? let's say kalau korang tak dapat mana mana, even rayuan pun
korang tak dapat, tapi Form 6 korang tak masuk. kan dah rugi tu? habis burnt macam tu jela
further study korang. so jangan buang masa, tak dapat mana mana, masuk je Form 6 dulu,
dah dapat nanti, nak chaw pun boleh, tak ada masalah. kalau tak dapat mana mana, boleh go on
kat Form 6 so tak la buang masa kan?
 
 
korang ingat aku nak ke masuk Form 6 ni? mula mula pun aku tak nak masuk Form 6
tapi bila tawaran UPU aku tak dapat, aku agak kecewa laa. then patut nye aku boleh
ambik Diploma in Banking kat KPTM Bangi, tapi orang nye... aku call pun banyak 
cekadak, hmm better aku go on kat Form 6 jela. lagipun aku dah semangat nak belajar 
kat Form 6 ni. haha. sebab Sistem Modula punye pasal. haha. lagipun parents aku tak
kisah aku sambung mana, asalkan belajar. parents aku support je aku belajar Tingkatan 
6 ni :D


so setakat ni, aku boleh share dengan korang pasal ni jela. sebab aku belum start
belajar lagi untuk Form 6 ni. lepas cuti 2 weeks ni baru aku start belajar, hujung
tahun ni dah exam untuk sem 1. wahh so fast kan? well. haha. nanti dah belajar
aku citer la dengan korang macam mana pembelajaran di Tingakatan 6 :)
byee !


wsalam

aku adalah AKU, anda adalah ANDA


No comments:

Post a Comment